Arkib Blog

iphone 6 dan iphone 6 plus produk terbaru Apple


Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya baru semalam tertipu ketika over excited membeli iPhone 5s di Sim Lim Square Singapore. Hari ini Apple memperkenalkan dua produk terbaru iPhone mengantikan iPhone 5s iaitu iPhone 6 dan iPhone 6 plus. Seperti yang bocor dalam banyak website sebelum ini, iPhone 6 hadir dalam saiz 4.7-inci, sementara iPhone 6 Plus pula akan hadir dalam saiz 5.5-inci dengan sokongan paparan Retina HD, dan lebih nipis berbanding versi iPhone sebelum ini. Selain iPhone 6 paling aku suka apabila Apple memperkenalkan Apple Pay untuk memudahkan transaksi pembelian online.


Sila klik gambar ini untuk melihat lebih banyak gambar iPhone 6 dan iPhone 6 plus

Berikut antara yang menarik tentang iPhone 6 

Berikut antara yang menarik tentang iPhone 6 :

1. iPhone 6 datang dengan papran resolusi 1334×750 pixel.

2. Rekaan kerangka juga dilihat lebih membulat berbanding iPhone 5S sebelum ini.

3. Menggunakan cip pemprosesan Apple terbaru, iaitu Apple A8 dengan menawarkan tenaga pemprosesan lebih 25% pantas dan grafik lebih 50% laju.

4. Penggunaan cip pemprosesan M8 yang khusus untuk memantau gerakan, disamping penggunaan barometer untuk mengetahui tekanan udara dan sebagainya.

5. Hadir dengan sokongan LTE yang lebih pantas berbanding dengan iPhone 5S sebelum ini.

6. Dilengkapkan ia dengan sokongan VoLTE, dan juga membawakan fungsi WiFi Calling sekiranya penggunaan rangkaian telekomunikasi agak rendah disesuatu kawasan.

7. Kamera dinaik-taraf menggunakan sensor 8-megapixel iSight, 1.5µ pixels, ƒ/2.2 aperture untuk rakaman gambar yang lebih cantik.

8. Kamera juga hadir dengan Focus Pixel untuk memfokuskan dengan pantas dan baik sebelum melakukan rakaman. Cip A8 juga turut menyertakan sokongan ISP (Image Signal Processor) untuk membantu rakaman ketika bergegar ataupun pada keadaan cahaya gelap.

9. Harga iPhone 6 dari USD199.



Berikut antara yang menarik tentang iPhone 6 plus :

1. iPhone 6 Plus datang dengan papran resolusi 1920×1080 pixel.

2. Membawakan skrin bersaiz lebih besar dengan resolusi tinggi dan menawarkan paparan secara melintang.

3. Menggunakan cip pemprosesan Apple terbaru, iaitu Apple A8 dengan menawarkan tenaga pemprosesan lebih 25% pantas dan grafik lebih 50% laju.

4. Penggunaan cip pemprosesan M8 yang khusus untuk memantau gerakan, disamping penggunaan barometer untuk mengetahui tekanan udara dan sebagainya.

5. Hadir dengan sokongan LTE yang lebih pantas berbanding dengan iPhone 5S sebelum ini.

6. Dilengkapkan ia dengan sokongan VoLTE, dan juga membawakan fungsi WiFi Calling sekiranya penggunaan rangkaian telekomunikasi agak rendah disesuatu kawasan.

7. Kamera dinaik-taraf menggunakan sensor 8-megapixel iSight, 1.5µ pixels, ƒ/2.2 aperture untuk rakaman gambar yang lebih cantik.

8. Kamera juga hadir dengan Focus Pixel untuk memfokuskan dengan pantas dan baik sebelum melakukan rakaman. Cip A8 juga turut menyertakan sokongan ISP (Image Signal Processor) untuk membantu rakaman ketika bergegar ataupun pada keadaan cahaya gelap.

9. Harga iPhone 6 plus dari USD299.



iPhone 6 akan ditawarkan di USA, UK, Singapore, Hong Kong, German, Canada, Jepun, Australia, Perancis bermula 19 September. iPhone 6 dan iPhone 6 Plus akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu putih, hitam dan warna emas. Bersama-sama pengenalan iPhone 6 ini, pihak Apple turut mengemaskini harga jualan untuk iPhone 5S dan juga iPhone 5C. Harga iPhone 5C Malaysia akan dijual dari RM1499 dan iPhone 5S Malaysia akan dijual bermula dari RM1999.

Saksi Video iPhone 6 dan iPhone 6 plus untuk lebih banyak maklumat


Perbandingan iPhone 6 dengan smartphone yang lain :

1. Perbandingan iPhone 6 Plus, Lenovo Z2 Pro Dan Galaxy Note 4
2. Perbandingan iPhone 6, Xperia Z3 Dan Moto X

Apple Watch

Selain iPhone 6 dan iPhone 6 plus, Apple juga memperkenal gajet terbaru iaitu Apple Watch.Ia akan hadir dalam dua saiz berbeza dan dilengkapi dengan skrin Sapphire yang dilengkapi paparan Retina. Gajet ini akan hadir dengan tiga variasi, iaitu Apple Watch, Apple Watch Sport dan juga Apple Watch Edition. Apple Watch hadir dalam rekaan segi empat dengan membawakan antaramuka khusus serta dilengkapi dengan pelbagai fungsi seperti iPhone 6.


Apple watch mempunyai Digital Crown yang akan membawa pengguna kepada skrin utama, dan pengguna turut boleh memutarkannya untuk memilih sesuatu perkara. Jam tangan pintar ini turut menyertakan sokongan input berasaskan suara melalui integrasi Siri yang membolehkan pengguna berinteraksi dengannya disamping membalas sesuatu perkara dan membuat beberapa perkara lain. Jam tangan pintar ini hanya akan mula dipasarkan bermula awal tahun 2015.

Saksi Video Apple Watch untuk lebih banyak maklumat


Apa komen semua peminat dengan kehadiran iPhone 6, iPhone 6 plus dan Apple Watch produk terbaru Apple serta Apple Pay.  Pasti ramai suka dengan iPhone 6 plus kerana selama ini mungkin ada yang komplen iPhone 5s terlalu kecil.

Awan 'Tsunami' Melanda Virginia




Penduduk Virginia tiba-tiba panik dengan keadaan awan yang luarbiasa. Awan yang membentuk seperti Ombak Tsunami seolah-olah ingin menenggelamkan negara mereka seperti yang terjadi di Aceh dan Jepun. Dari kejauhan kelihatan ombak setingi langit seolah-olah hendak menghempap Bandar Virgina.






Inilah kebesaran Allah, awan yang didatangkan dalam berbagai bentuk supaya manusia beriman kepada-Nya. Atau mungkinkah awan berbentuk ombak raksaksa ini seolah-olah memberi amaran buat manusia bahawa pada bila-bila masa bumi ini boleh dihancurkan dalam sekelip mata. Allahu Akbar!

AYAT-AYAT ALQURAN TENTANG AWAN:

(Ar-Ruum 30:48)

Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan danAllah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan ke luar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira.

(Al-Ahqaaf 46:24)

Maka tatkala mereka melihat adzab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah mereka: "Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami". (Bukan)! bahkan itulah adzab yang kamu minta supaya datang dengan segera (iaitu) angin yang mengandung adzab yang pedih. 

iMAGE SHAVER EXCLUSIVE FOR MEN - MODEL PS10004



SHAVER EXCLUSIVE FOR MEN - MODEL PS10004 ( 4 IMAGES ).

✻ BUILT-IN USB CHARGER
✻ LAST FOR 30MINS AFTER 8HRS FULL CHARGE
✻ VOLTAGE 5V, 2W
✻ ULTRA-THIN NET FOIL WITH FLOATING BLADES
✻ EASY ON/OF SWITCH
✻ CLEANING BRUSH INCLUDED✻ NON WASHABLEHUBUNGI KAMI DENGAN 3 CARA MUDAH:
1.0 - PM: https://www.facebook.com/messages/magazine2u

2.0 - ✆ WHATSAPP: 0105437378

3.0 - HOTLINE CALL/SMS: 0105437378